MANILA – Pasukan penyelam menemui 1,400 tulang manusia di dalam Tasik Taal, kata Kumpulan Forensik Polis Kebangsaan Filipina (PNP) semalam seperti laporan akhbar The Manila Times.
Pengarah Kumpulan Forensik PNP, Kolonel Pierre Carpio memberitahu wartawan bahawa semua tulang itu menjalani ujian perubatan-undang-undang, antropologi, pengimejan radiografi, pergigian dan DNA.
“Dengan begitu banyak tulang dan segala yang telah berlaku di Tasik Taal dari segi kemerosotan bukti, polis menggunakan strategi di mana kami menguji bahan bukti berulang kali,” kata Carpio.
Suspek yang kini pemberi maklumat, Julie Patidongan sebelum ini berkata, dia membuang berpuluh-puluh mayat peminat sabung ayam yang hilang ke dalam Tasik Taal atas arahan ketua sindiket perjudian, Charlie Ang, yang dikenal pasti dalang utama pembunuhan kejam itu.
Sejak tahun lalu, penyelam-penyelam Pengawal Pantai Filipina telah menjalankan operasi mencari secara meluas di Tasik Taal, Batangas.
Ang dan 21 tertuduh lain, kebanyakan mereka anggota dan pegawai polis telah didakwa di tiga mahkamah berasingan di Batangas dan Laguna kerana jenayah bunuh, culik dan penahanan haram. – AGENSI














