fbpx
SOFIA telah dinobatkan sebagai Miss Petite Global 2026 dalam satu acara kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. – SHIDDIQIN ZON

Sofia pernah dibuli, sebelum bangkit bina keyakinan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJARAH tercipta pada Miss Petite Global 2026 apabila Sofia Paoli Vargas dari Puerto Rico menjadi wanita Latin pertama yang merangkul gelaran antarabangsa berkenaan.

Acara kemuncak edisi kelima itu menghimpunkan para delegasi dari seluruh dunia dalam satu sambutan penuh gemilang yang mengetengahkan kecantikan, pemerkasaan wanita, kepelbagaian dan tujuan hidup.

Untuk makluman, pertandingan anjuran Tiara Management dan Leading Management itu diasaskan oleh tokoh pertandingan ratu cantik antarabangsa, Nickson Sim dan Leo Raynold.

Edisi pada tahun ini menampilkan penyertaan 23 delegasi cemerlang yang mewakili Eropah, Amerika, Afrika dan Asia.

Pada malam kemuncak itu, Sofia telah dinobatkan sebagai juara, sekali gus mengharumkan nama negaranya di pentas antarabangsa.

Sofia bukan sekadar ratu cantik, bahkan merupakan seorang model, pelakon, pempengaruh media sosial dan aktivis kemanusiaan.

Graduan bidang biologi itu turut bercita-cita melanjutkan pengajian ke sekolah perubatan.

Dia juga percaya wanita mampu memimpin dengan kebijaksanaan, kasih sayang, keaslian dan tujuan hidup jelas.

Wanita berusia 21 tahun itu berkata, minatnya dalam dunia peragaan dan pertandingan ratu cantik sudah bermula sejak berusia empat tahun.

“Kemenangan pertama saya adalah dalam pertandingan Baby Puerto Rico diikuti Miss Teen Universe Petite Puerto Rico pada 2023.

“Walaupun dunia melihat senyuman gembira saya, namun hakikatnya saya pernah melalui detik sukar sebagai mangsa buli ketika zaman kanak-kanak.

SOFIA (enam dari kiri) berjaya menewaskan 23 peserta lain dari seluruh dunia.

“Saya sering diejek kerana tidak mempunyai dua gigi hadapan dan kekurangan itu menghantui saya selama bertahun-tahun,” katanya ketika ditemu bual pada acara Miss Petite Global 2026 di

HGH Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, pengalaman pahit itu tidak pernah mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia menjadi pendorong untuk Sofia terus membina keyakinan diri sehingga berjaya di pentas dunia.

Sepanjang pertandingan Miss Petite Global 2026, Sofia berjaya memukau barisan juri menerusi kebijaksanaan, kefasihan, karisma pentas serta kisah hidupnya yang penuh inspirasi.

Dia telah dinobatkan oleh Miss Petite Global 2025, Anita Kurkach dari Belarus, selain menerima mahkota khas Golden Edition dan selempang rasmi pertandingan.

Sofia juga diberi penghormatan untuk berkhidmat sebagai duta Ai Play selama setahun.

Bagi Sofia, Miss Petite Global bukan sekadar pertandingan ratu cantik, sebaliknya salah satu platform untuk memberi inspirasi, memperkasakan wanita dan mencipta impak bermakna kepada masyarakat.

Salah satu advokasi paling dekat di hati Sofia adalah projek peribadi, Sonrisa de Oreja a Oreja yang diinspirasikan daripada pengalaman zaman kanak-kanaknya membesar dengan masalah kesihatan hingga menjejaskan giginya.

Melalui inisiatif itu, dia berharap dapat menggalakkan orang ramai menerima cabaran hidup dan mengubahnya menjadi kekuatan, keyakinan diri serta tujuan hidup.

“Saya berharap kejayaan ini mencerminkan keseimbangan antara cita-cita akademik, advokasi kemanusiaan dan pengalaman bertahun-tahun dalam industri pertandingan ratu cantik.

“Saya bersedia memulakan peranan sebagai Miss Petite Global 2026 sambil membawa mesej pemerkasaan wanita dan keyakinan diri kepada masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN