![]() |
Syarikat-syarikat berkenaan berhasrat meneroka aplikasi kejuruteraan dan reka bentuk industri termaju dengan memanfaatkan platform pengkomputeran kuantum berketepatan tinggi milik Quantinuum
TOKYO, 2 Jun 2026 /PRNewswire/ — Quantinuum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang tidak mengikat dengan Mitsubishi Electric Corporation, peneraju global yang diiktiraf dalam pembuatan, pemasaran dan penjualan peralatan serta sistem elektrik dan elektronik, bagi mewujudkan rangka kerja untuk kerjasama strategik yang bertujuan mempercepat pembangunan aplikasi pengkomputeran kuantum dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk industri termaju.
Perjanjian ini mewujudkan asas bagi kedua-dua syarikat mengenal pasti kes penggunaan industri berimpak tinggi secara bersama serta meneroka pendekatan kuantum dan hibrid kuantum-klasik untuk aliran kerja kejuruteraan generasi akan datang. Bidang tumpuan awal yang dijangka termasuk kejuruteraan berbantukan komputer (CAE), seperti dinamik bendalir pengiraan (CFD), serta aplikasi simulasi dan reka bentuk yang lebih luas menggunakan operasi qubit logik pada platform kuantum Quantinuum.
"Kami berbesar hati untuk memulakan kerjasama ini dengan Mitsubishi Electric dalam usaha merealisasikan utiliti kuantum yang bermakna untuk kejuruteraan industri," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum, Dr. Rajeeb Hazra. "Dengan menggabungkan keupayaan pengkomputeran kuantum terkemuka Quantinuum dengan kepakaran kejuruteraan mendalam Mitsubishi Electric, kami berhasrat untuk menangani sebahagian daripada cabaran reka bentuk dan simulasi paling kompleks di dunia."
Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, Quantinuum akan menyediakan akses kepada Mitsubishi Electric kepada sistem kuantum ion terperangkap berketepatan tinggi miliknya serta khidmat perundingan pakar dalam pembangunan algoritma kuantum. Mitsubishi Electric pula akan menyumbang kepakaran domain dalam analisis medan elektromagnet, analisis struktur dan simulasi bendalir terma merentasi pelbagai aplikasi industri seperti automasi kilang, tenaga dan utiliti awam, penyaman udara serta sistem bangunan.
"Kami berbesar hati untuk memulakan perbincangan dengan Quantinuum bagi memajukan kerjasama strategik dalam pengkomputeran kuantum di bawah MoU ini," kata Pengurus Besar Kanan, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Maklumat Mitsubishi Electric, Mikio Takabayashi. "Dengan mengintegrasikan kepakaran pembuatan dengan cerapan digital, kami berhasrat untuk menilai kebolehlaksanaan dan potensi aplikasi teknologi kuantum dalam kejuruteraan industri, sambil menjana idea baharu dan meneroka kes penggunaan yang berpotensi menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar."
MoU ini mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa penglibatan awal dengan pengkomputeran kuantum berpotensi mewujudkan kelebihan strategik jangka panjang apabila teknologi tersebut terus berkembang ke arah penggunaan komersial. Kedua-dua syarikat percaya bahawa organisasi yang bertindak lebih awal akan berada pada kedudukan lebih baik untuk membantu membentuk kes penggunaan, membangunkan kepakaran proprietari dan mendapatkan hak harta intelek, serta memastikan akses kepada infrastruktur kuantum yang sedang muncul ketika permintaan terus meningkat.
Melalui MoU ini, kedua-dua syarikat akan menilai peluang kerjasama masa hadapan yang berpotensi mempercepat inovasi teknologi dan mewujudkan nilai mampan untuk industri global.
Maklumat Tentang Quantinuum
Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka yang menawarkan platform tindanan penuh yang direka bentuk untuk membolehkan pengkomputeran kuantum ditempatkan dalam persekitaran dunia sebenar. Syarikat berkenaan telah menempatkan pelbagai generasi sistem kuantum secara komersial yang dibina berdasarkan seni bina QCCD terbaik, yang telah dilaksanakan dengan reka bentuk dan keupayaan baharu untuk mencapai tahap ketepatan tertinggi industri berdasarkan fideliti get dua kubit secara purata.[1] Quantinuum mempunyai keterlibatan aktif dengan pemimpin pasaran merentasi farmaseutikal, sains bahan, perkhidmatan kewangan, kerajaan dan pasaran perindustrian.
Syarikat ini mempunyai tenaga kerja global kira-kira 700 pekerja, termasuk saintis dan penyelidik terkemuka. Lebih 70 peratus daripada pasukan teknologinya memiliki kelayakan Doktor Falsafah (PhD) atau Ijazah Sarjana. Ibu pejabat Quantinuum terletak di Broomfield, Colorado, dengan kemudahan tambahan di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Qatar dan Singapura.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.quantinuum.com.
Maklumat tentang Mitsubishi Electric Corporation
Berpandukan falsafah Berpandukan falsafah korporatnya, Mitsubishi Electric Corporation (TOKYO: 6503) meletakkan kemampanan sebagai teras operasi dan nilai syarikat, di samping menghargai kepercayaan pihak berkepentingan yang merangkumi masyarakat, pelanggan, pemegang saham dan pekerja. Dalam usaha mencapai keuntungan, kecekapan modal dan pertumbuhan, Mitsubishi Electric bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk membangunkan penyelesaian bernilai tambah yang menangani cabaran kompleks masa kini sambil meningkatkan nilai korporat mampan syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1921, Mitsubishi Electric mempunyai lebih satu abad pengalaman dalam menyediakan produk dan penyelesaian yang boleh dipercayai serta berkualiti tinggi. Dengan lebih 200 syarikat kumpulan dan kira-kira 150,000 pekerja di seluruh dunia, syarikat itu diiktiraf sebagai peneraju global dalam pembuatan, pemasaran dan penjualan peralatan serta sistem elektrik dan elektronik merentasi pelbagai sektor, termasuk sistem utiliti awam, sistem tenaga, sistem pertahanan dan angkasa lepas, sistem automasi kilang, peralatan automotif, sistem bangunan, sistem penyaman udara dan produk rumah, inovasi digital, serta semikonduktor dan peranti. Mitsubishi Electric mencatatkan hasil konsolidasi sebanyak 5,894.7 bilion yen (AS$36.8 bilion*) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.MitsubishiElectric.com
*JPY160 = USD1, iaitu kadar anggaran di Pasaran Pertukaran Asing Tokyo pada 31 Mac 2026.
Kenyataan Berhati-hati Mengenai Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran media ini mengandungi kenyataan tertentu yang boleh dianggap sebagai "kenyataan berpandangan ke hadapan" menurut Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan berpandangan ke hadapan merangkumi semua kenyataan yang bukan fakta sejarah. Perkataan seperti "menjangka", "mengandaikan", "percaya", "meneruskan", "boleh", "menganggarkan", "mengharapkan", "berhasrat", "mungkin", "merancang", "berpotensi", "meramalkan", "mengunjurkan", "masa depan", "akan", "berusaha", "boleh dijangka", bentuk negatif perkataan-perkataan tersebut atau istilah dan frasa yang serupa digunakan untuk mengenal pasti kenyataan berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah berdasarkan andaian dan penilaian tertentu yang dibuat oleh pihak pengurusan berdasarkan pengalaman mereka serta persepsi terhadap trend sejarah, keadaan ekonomi dan industri semasa, perkembangan masa depan yang dijangka dan faktor lain yang dianggap relevan. Kenyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran ini juga tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian material, termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor ekonomi, persaingan, kerajaan dan teknologi yang mempengaruhi operasi, pasaran, produk, perkhidmatan dan harga syarikat. Faktor baharu mungkin muncul dari semasa ke semasa, dan Quantinuum tidak dapat meramalkan kesemua faktor tersebut. Sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan hanya terpakai pada tarikh ia dibuat, dan kecuali sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang, Quantinuum tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan berpandangan ke hadapan, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.
[1] Setakat 31 Disember 2025.
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2655950/5995549/Quantinuum_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4971975_MS71975_6















