fbpx
TANGKAP layar memaparkan Abu Bakar melepaskan tembakan ke arah seekor lembu yang mengamuk pada Program Korban Perdana DUN Kuala Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, kelmarin.

Tembak lembu korban: Polis rakam keterangan MB Perlis, rampas senapang patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Polis merampas selaras senapang patah dan sembilan butir peluru dipercayai digunakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah untuk menembak seekor lembu korban yang didakwa mengamuk di Dataran Lok 9, Kuala Perlis pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung video tular berdurasi 38 saat itu pada pukul 4.51 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat dan laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar telah merakam keterangan Menteri Besar Perlis berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan keterangannya, tindakan itu diambil kerana pada semasa kejadian terdapat seekor lembu mengamuk dan mengancam petugas serta orang awam yang berada di program tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas selaras senapang patah serta sembilan butir peluru jenis buckshot bagi membantu siasatan lanjut.

“Hasil semakan Bahagian Perlesenan IPD Kangar mengesahkan Abu Bakar merupakan pemegang lesen senjata api yang sah bagi senapang patah tersebut,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengundang provokasi terhadap mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN