fbpx
Pengarah Atomy Malaysia, Anna Kim (dua dari kiri) bersama Pengarah Yayasan Chow Kit, Datuk Dr. Hartini Zainuddin (dua dari kanan) menunjukkan dokumen MoU yang dimeterai di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Atomy Malaysia, Yayasan Chow Kit bantu kanak-kanak rentan di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Atomy Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit sebagai usaha untuk menyokong kanak-kanak rentan di Kuala Lumpur melalui inisiatif kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan harian.

Ini adalah antara inisiatif syarikat untuk  menyumbang kembali kepada masyarakat yang mana ia memberi peluang kepada syarikat untuk menyerahkan sumbangan sebanyak  RM150,000 dalam bentuk tunai, produk dan sokongan program  kepada yayasan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, inisiatif melaksanakan kerja-kerja sosial ini mencerminkan budaya perkongsian Atomy Malaysia.

“Selain menyediakan produk berkualiti dan peluang perniagaan, syarikat turut menunjukkan berterusan dalam menjaga kebajikan komuniti serta membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Kerjasama tersebut dimeterai melalui memorandum yang diwakilkan oleh Pengasas Yayasan Chow Kit, Datuk Dr. Hartini Zainudin dan Pengarah Atomy Malaysia, Anna Kim.

Majlis tersebut berlangsung semasa Success Academy bulanan Atomy
Malaysia yang mana para ahli bukan sahaja berkumpul untuk pembelajaran perniagaan malah turut menyaksikan satu usaha murni dalam semangat perkongsian.

Melalui kerjasama ini, program akan memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan harian kanak-kanak, termasuk sokongan nutrisi, penjagaan mulut dan kebersihan diri.

Bagi kanak-kanak daripada komuniti rentan, penjagaan asas kesihatan dan kebersihan mampu memberi kesan positif terhadap keyakinan diri, keselesaan dan kualiti hidup mereka.

Yayasan Chow Kit  mempunyai pengalaman kukuh dalam perlindungan kanak-kanak dan kebajikan komuniti, akan membantu dalam pelaksanaan program ini bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada kanak-kanak yang benar-benar memerlukan.

Sehingga kini, Atomy Malaysia telah menyumbang sebanyak RM7.5 juta kepada komuniti yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif CSR.

Atomy Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus memperkukun inisiatit CSR sebagai sebanagian daripada tanggungjawab korporatnya, dengan memberi tumpuan kepada usaha yang mampan serta mampu membawa penjagaan, harapan dan impak positif kepada komuniti yang memerlukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN