JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Cirebon, wilayah Jawa Barat menerima kecaman orang ramai apabila mengutip makanan haiwan yang terjatuh di atas jalan selepas sebuah sebuah lori bertembung dengan bas penumpang, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Jalan Tol Cipali di Desa Ciwaringin, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @beritasatuofficial menunjukkan orang ramai mengutip makanan haiwan yang bertaburan di atas tanah.
Ada antara mereka meletakkan makanan itu di dalam karung serta baldi yang dibawa dari rumah.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Indonesia memang tiada masa depan,” kata seorang netizen.
“Itu bukan hak kamu semua!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














