GARA-GARA kerap berkongsi foto hantu, ramai menyuarakan hasrat mahu menyekat akaun Threads Mimi Lana.
Masakan tidak, Mimi kerap membalas hantaran individu lain dengan wajah seram Jun Lojong dalam filem Polong serta boleh meluruhkan jantung sesiapa sahaja yang melihatnya.
Meski ramai sudah memberi amaran kepadanya, Mimi tetap meneruskan tindakan tersebut yang merupakan salah satu cara mempromosikan Polong kepada umum.
“Ramai kata kena ‘block’ Mimi Lana pada waktu malam.
“Mimi ini, sikit lagi aku ‘block’ dia. Makin lama makin menjadi-jadi dan jangan menghantui sangat,” komen netizen.
Selain Mimi dan Jun, Polong yang mula ditayangkan pada 28 Mei lalu turut dibintangi Fad Anuar, Nadiya Nisaa dan Nam Ron.














