fbpx
Mohamad Ikmal Hafiz menunjukkan bumbung rumanya yang rosak akibat ribut di Kampung Yak Yah, Kemaman semalam.

Ribut ‘serang’ Kampung Yak Yah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Ribut dan hujan lebat yang melanda daerah ini semalam telah menjejaskan sekurang-kurangnya sembilan rumah di Kampung Yak Yah, Ibok, Kijal, di sini.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu turut menjejaskan surau perkampungan tersebut.

Salah seorang penduduk terjejas, Mohamad Ikmal Hafiz Arif, 29, berkata, bumbung bilik tidur dan ruang tamu pula diterbangkan angin kencang.

“Sewaktu ribut, saya bersendirian di rumah kerana ibu bapa dan adik-beradik lain balik kampung untuk beraya (Aidiladha).

“Angin kencang mengejutkan saya yang sedang tidur pada masa itu. Mujur saya tidak apa-apa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Yak Yah, Kijal di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris berkata, kebanyakan rumah penduduk yang terjejas tersebut mengalami kerosakan pada struktur bumbung.

Beliau berkata, buat masa ini, lima dari sembilan keluarga terjejas telah berpindah ke pusat pemindahan sementara, Sekolah Kebangsaan Ibok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN