fbpx
SEORANG warga emas cedera pada bahagian ketiak kiri selepas ditanduk lembu dalam kejadian di Kampung Murni, Layang-layang, Kluang, kelmarin. Foto GAMBAR MEDIA SOSIAL

Warga emas cedera ditanduk lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang warga emas cedera selepas ditanduk seekor lembu yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Murni, Layang-Layang, di sini kelmarin.

Mangsa lelaki tempatan berusia 65 tahun mengalami kecederaan di bahagian ketiak kiri ketika cuba menenangkan haiwan tersebut sekitar pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum kejadian mangsa difahamkan telah menjual lembu berkenaan kepada seorang individu lain untuk dijadikan korban.

Menurut beliau, pada 27 Mei lalu, mangsa dihubungi pembeli yang memaklumkan lembu tersebut mengamuk dan sukar dikawal.

“Mangsa kemudian datang ke lokasi bagi membantu menenangkan lembu berkenaan sebelum haiwan itu secara tiba-tiba bertindak agresif lalu menanduk mangsa di bahagian ketiak sebelah kiri.

‘Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan lanjut,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Bahrin berkata, mangsa ditahan di wad selama sehari bagi tujuan pemantauan sebelum dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Jelasnya, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai tiada unsur jenayah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN