KUALA LUMPUR – Naib juara Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus cemerlang untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Singapura selepas kalahkan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Arif-Roy King tetap tampil dengan sikap melawan hingga mengheret aksi ke set ketiga sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan kemaraan hasil kemenangan 23-21, 16-21, 21-8.
Kejayaan kali ini mengekalkan rekod baik Sze Fei-Nur Izzuddin yang turut meraih kemenangan ke atas Arif-Roy King di Terbuka India, tahun lalu dan Terbuka China pada 2024.
Kegagalan untuk mencari mata kemenangan menyaksikan Arif-Roy King terpaksa merelakan kemenangan Sze Fei-Nur Izzuddin di set pertama, 23-21 namun bangkit untuk memastikan kejayaan 21-16 di set kedua.
Bagaimanapun, di set penentuan, Sze Fei-Izzuddin seakan cukup bersedia untuk mengesahkan kemaraan dan dilihat terlalu unggul hingga memperoleh kemenangan selesa 21-8
Di suku akhir nanti, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadualkan menentang pilihan ketiga dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan juara Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-13, 21-12.- KOSMO! ONLINE














