PETALING JAYA – Kematian seorang remaja, Nur Izzati Humaira, 19, ketika menyertai aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor kelmarin bukan hanya meninggalkan kesedihan kepada seluruh keluarga, malah turut dirasai oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Anggota Pasukan Khas STORM Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa berkata, dia menjadi antara individu terawal yang menemui jasad mangsa selepas tiga hari remaja itu dilaporkan hilang. Beliau berkata, pasukan……














