fbpx
ANTARA warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan terlibat dalam sindiket pusat panggilan penipuan tawaran kerja sambilan.

31 warga China didenda RM3,500 jadi ‘scammer’ kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 31 warga China didenda RM3,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam sindiket pusat panggilan penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Puan Nur Fatin Mohamad Farid.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka didakwa terlibat dalam pakatan jenayah bagi menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan di kawasan Gelang Patah dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 120B kanun sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap setiap tertuduh dan kesemua denda tersebut telah dijelaskan.

Sementara itu, empat lagi warga China yang turut ditahan dalam operasi sama diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi tujuan pengesahan identiti dan akan dituduh semula di mahkamah pada 28 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN