fbpx
OPERASI mencari Nur Izzati telah melangkaui tempoh 24 jam sejak mula hilang semalam di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.

Nur Izzati hilang lebih 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Remaja perempuan berumur 19 tahun yang hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor masih belum ditemui selepas lebih 24 jam.

Tiada perkembangan positif mengenai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, walaupun operasi pencarian digiatkan melibatkan semua agensi seperti bomba, APM, malim gunung dan sukarelawan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Azliza Ahmad berkata, tiada petunjuk baharu sepanjang proses pencarian dan menyelamat sejak semalam.

“Sepanjang pencarian, terdapat kesan tapak kasut, namun tidak boleh dipastikan ia milik Nur Izzati selain penemuan selipar dan botol air yang didapati bukan miliknya.

“Kemungkinan dia terjatuh atau tergelincir ada namun itu hanya andaian. Kita mengkaji setiap aspek dengan teliti,” katanya kepada pemberita di Hulu Selangor hari ini.

Katanya lagi, operasi pencarian akan diteruskan sehingga terdapat petanda positif termasuk penemuan mangsa.

Media melaporkan semalam, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN