fbpx
Kereta Ferrari yang disita dalam Ops Luxury oleh JPJ Selangor di Persiaran Pulau Lumut, Klang, kelmarin.

Pandu Ferrari, Mercedes-Benz tapi tidak bayar cukai jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Berdepan masalah memperbaharui insurans menjadi alasan seorang pemandu kereta mewah jenis Ferrari tidak memperbaharui cukai jalan ketika ditahan di Persiaran Pulau Lumut, Klang, dekat sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pemeriksaan pihaknya nendapati lesen kenderaan motor (LKM) kereta mewah milik kontraktor berusia 30 tahun itu tamat pada 18 Mac lalu.

“Lelaki itu memberi alasan mempunyai masalah berkaitan pembaharuan insurans. Selain cukai jalan tamat tempoh, kesalahan melibatkan penukaran enjin tanpa kebenaran turut dikesan dilakukan pemandu supercar tersebut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kenderaan tersebut disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok, Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarunzaman berkata, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Mercedes Benz GLC 300 di Jalan Kuala Selangor-Kepong yang dipandu lelaki berusia dalam linkungan 50-an pada hari sama kerana cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN