fbpx
MUHAMMAD Nor Fahmi (kanan) menunjukkan kereta Perodua Alza yang ingin dituju Nur Izzati untuk menyejukkan badan selepas selesai mendaki.

Nur Izzati turun dulu kerana kepanasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Nur Izzati Humaira Azizul dipercayai turun terlebih dahulu kerana tidak tahan kepanasan ketika menuruni Bukit Changkat Asa di sini sebelum dilaporkan sesat sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung Lubuk Salak, Muhamad Nor Fahmi Mohd. Halin berkata, remaja perempuan berumur 19 tahun itu turun terlebih dahulu selepas mendaki bukit tersebut kerana kepanasan dan keletihan.

“Keluarganya memaklumkan Nur Izzati turun awal kerana kepanasan. Dia mengambil kunci kereta Perodua Alza milik ayahnya yang diletakkan di kampung berhampiran untuk pergi ke kenderaan tersebut untuk memasang alat penghawa dingin bagi menyejukkan badan.

“Namun, agak pelik, selepas ibu, anak dan rakannya selesai mendaki, tidak nampak kelibat dia selepas itu, malah rakaman televisyen litar tertutup di beberapa rumah penduduk kampung berhampiran tidak menampakkan kelibatnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Lambak, di sini hari ini.

Muhamad Nor Fahmi berkata, sejak mula dikomersialkan lebih 10 tahun lalu untuk aktiviti mendaki kepada orang awam, ini kali pertama terdapat kes orang sesat atau hilang di Bukit Changkat Asa.

Sementara itu, bapanya, Azizul Abdul Aziz yang tidak menyertai pendakian tersebut hanya berharap anaknya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat pukul 3 petang ini, Nur Izzati masih belum ditemui selepas beberapa operasi pencarian dilakukan secara tersusun dan terancang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN