fbpx
Tangkap layar CCTV yang dimuat naik di Threads oleh Bella_Dailies

[VIDEO] Gigih guna tali turunkan ‘parcel’, abang kurier dilabel ‘green flag’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar barang (parcel) menurunkan barangan pelanggan menggunakan tali mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial selepas video tersebut tular di Threads.

Rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Bella_Dailies itu memaparkan tindakan seorang lelaki yang tidak mencampak barang yang dihantar, sebaliknya menggunakan tali dengan berhati-hati untuk menurunkan barang tersebut.

“Penghantar barang ini akan turunkan parcel guna tali. Jadi tak adalah terhempas atau pecah barang dalam itu.

“Usaha lebih dari abang kurier ini, ‘green flag’ sangat,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan abang kurier tersebut yang dianggap sangat bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

“Sebab dia faham itu lah amanah dia untuk hantar barang-barang pelanggan dengan selamat,” ujar Pettfzii_.

“Mantap bang, rumah berpagar pun abang ada ‘effort’ (usaha) letak parcel elok-elok. Kita yang duduk rumah kondo ni pun parcel kena campak,” jelas Syashaa28_.

“Ciri-ciri orang yang ikhlas bekerja mencari rezeki. Ada rasa tanggungjawab walaupun hantar barang je. Moga murah rezeki!,” kata Naes.Stuff pula. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN