fbpx
Banjir kilat di kawasan Kilometer 18.9 arah timur berhampiran Pusingan U Maju Jaya, hari ini.

Hanya lorong kanan dibuka susulan banjir kilat di NPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dinasihatkan supaya lebih berhati-hati susulan kejadian banjir kilat di Kilometer 18.9 arah timur berhampiran Pusingan U Maju Jaya, di sini petang tadi.

Menurut makluman trafik NPE di Facebook, kejadian itu menyebabkan hanya lorong kanan boleh dilalui sekali gus mengakibatkan aliran trafik bergerak perlahan di lokasi terjejas.

“Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan petugas di lokasi. Segala kesulitan yang dialami ketika ini amat dikesali,” katanya hari ini.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi arahan petugas bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN