fbpx
PENGALAMAN menjadi kunci utama kepada Aaron Chia-Wooi Yik untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026. MUHAMAD IQBAL ROSLI

Tiga beregu negara sah layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya memerlukan 34 minit untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Turun selaku pilihan utama kejohanan, gandingan Aaron Chia-Wooi Yik nyata berada di kelas tersendiri untuk meraih kemenangan 21-15, 21-16 dan dijadualkan bertemu satu lagi wakil negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.

“Permainan mereka memang laju sebab mereka muda, jadi mereka akan main lebih pantas. Kami yang harus tetapkan corak permainan kami ketika dalam gelanggang supaya lebih tenang dan konsisten.

“Memang kami lebih berpengalaman, main lebih tenang dan bermain di tempat sendiri. Saya rasa mereka lebih berdebar berbanding kami,” kata

Juara dunia 2022 itu nyata sukar digugat apabila mendominasi permainan sejak di set pertama dan skrip hampir sama terus berulang di permainan set kedua.

Di set kedua juga, pasangan China seakan tidak mampu berada pada tahap terbaik sekali gus memudahkan tugas Aaron Chia-Wooi Yik mengesahkan kemenangan.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik muncul naib juara edisi tahun lalu selepas tewas kepada rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada aksi final Mei tahun lalu.

Untuk aksi separuh akhir, rekod nyata lebih berpihak kepada Aaron Chia-Wooi Yik yang yang menang enam kali ke atas Sze Fei-Izzuddin sejak kali pertama kedua-dua beregu itu bertemu pada 2018.

Kejayaan ini juga bakal mengesahkan satu slot final menjadi milik Malaysia manakala satu lagi pasangan negara, Arif Junaidi-Yap Roy King turut layak ke separuh akhir dan dijadualkan menentang wakil Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN