KUNDSANG – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 bakal dilaksanakan bermula 27 Mei hingga 4 Jun ini.
”Skim selama sembilan hari itu membabitkan 17 jenis barangan terkawal meliputi 12 jenis barangan di Sabah dan Sarawak serta 11 jenis barangan di Wilayah Persekutuan Labuan.
”Pelaksanaan skim berkenaan mengambil kira kepentingan pengguna dan komuniti peniaga supaya pengguna menikmati harga berpatutan manakala peniaga tidak terbeban dengan tempoh pelaksanaan terlalu lama. Bagi SHMMP Pesta Kaamatan 2026 di Sabah, kementerian mengenal pasti 12 jenis barangan berbanding 10 barangan pada tahun lalu.
“Dua barangan baharu yang dimasukkan ialah halia tua import dan ubi kentang dari China,” katanya pada sidang akhbar sempena pengumuman SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 di Pekan Kundasang.
Menurutnya, sebanyak 12 jenis barangan disenaraikan berbanding 11 barangan pada tahun lalu dengan tambahan satu barangan baharu iaitu daging kerbau import dari India bagi sambutan Hari Gawai di Sarawak pula.
Armizan berkata, penentuan jenis dan harga maksimum dibuat melalui perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi berkaitan serta pemain industri.
“Bagi Sabah, antara barangan yang dikawal ialah babi hidup, daging babi, daging kerbau import, kepak ayam, cili kering keriting, bawang, halia tua import dan ubi kentang dari China. Di Labuan pula, 11 jenis barangan disenaraikan termasuk daging babi, kepak ayam, cili kering keriting, bawang, halia tua import dan ubi kentang,” katanya.- KOSMO! ONLINE
SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 dilaksana bermula 27 Mei
- Oleh IVAN AMIRUL
- 22 Mei 2026, 4:58 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Biodiesel B15 dilaksana berfasa, tidak jejaskan operasi sedia ada
17 April 2026, 12:52 pm

Titah adendum wujud, UMNO mohon tahanan rumah Najib dilaksana
11 Julai 2025, 1:27 pm

[VIDEO] Syed Saddiq menari macam kayu
31 Mei 2025, 10:33 am

Pesta Kaamatan bukti perpaduan rakyat- PMX
30 Mei 2025, 1:24 pm

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
30 Mei 2025, 11:28 am

Pesta Kaamatan padat dengan program, aktiviti keseniaan, hiburan, pertandingan
16 Mei 2025, 7:28 am

‘Nasib orang Melayu di bandar akan senasib orang Melayu di Singapura’
10 Mac 2025, 4:05 pm

Sesi sekolah Johor Isnin hingga Jumaat bermula 1 Januari 2025
11 Oktober 2024, 2:49 pm






