fbpx
Zohar yang juga peserta flotila ke Gaza dibicarakan di Mahkamah Majistret Ashkelon.

Aktivis GSF 2.0 bebas, hanya Zohar Regev dibicara di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (Adalah) mengesahkan, aktivis flotila, Zohar Regev yang memegang kewarganegaraan Israel belum dibebaskan dan dibicarakan di Mahkamah Majistret Ashkelon.

Adalah menerusi kenyataannya memaklumkan, pihak berkuasa Israel menahannya atas tuduhan tidak berasas dan bercanggah seperti kemasukan haram ke Israel, tinggal secara tidak sah serta cubaan untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza.

“Tuduhan-tuduhan ini disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan beliau diculik secara paksa oleh tentera Israel dari perairan antarabangsa.

“Beliau dibawa masuk ke wilayah Israel sepenuhnya tanpa kerelaannya ketika dalam perjalanan ke Gaza untuk mencabar sekatan haram yang telah menyebabkan kebuluran dan penderitaan meluas terhadap rakyat Palestin,” menurut Adalah.

Katanya, pasukan guaman Adalah kini mewakili Zohar di mahkamah dan menuntut pembebasan beliau secara segera serta tanpa syarat.

Zohar dilahirkan dan dibesarkan di Kfar Hahoresh, salah satu tempat di Israel dan beliau tinggal di sana sehingga berusia 34 tahun.

Beliau yang juga orang kurang upaya kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada 2017, serta pernah mengetuai kapal Al-Awda pada misi flotila ke Gaza pada 2018 sebelum ditahan tentera Israel.

Zohar dilaporkan memeluk agama Islam pada tahun 2021 dan pernah ditahan Israel sewaktu menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) pada tahun lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, semua aktivis flotila yang ditahan secara tidak sah telah dibebaskan daripada Penjara Ktziot serta sedang melalui proses pengusiran.

Adalah menerusi kenyataannya, pihaknya menerima pemakluman tersebut daripada Perkhidmatan Penjara Israel dan pihak berkuasa negara berhubung pembebasan semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN