fbpx
PENGGEMPUR Selangor, Chigor Moraes diasak empat pemain Buriram pada aksi final pertama ACC kelmarin.

ACC: Selangor belum putus harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon percaya peluang untuk pasukannya melakar sejarah menjuarai Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) masih terbuka meskipun tewas 0-1 dalam final pertama menentang Buriram United, kelmarin.

Menurut Pan-gon, anak-anak buahnya berdepan kesukaran pada babak pertama apabila diasak wakil kelab Thailand itu, namun berjaya bangkit mencipta beberapa peluang lebih baik selepas rehat.

Malah, pengendali kelahiran Korea Selatan itu percaya apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak memandangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) turut pernah mengejutkan Buriram 2-1 di laman sendiri pada separuh akhir kedua awal bulan ini.

“Ya, kami kecewa kerana gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri. Pada awal permainan kami agak bergelut dan terlalu banyak melakukan kesilapan sendiri.

“Tetapi, aksi final belum tamat. Kami masih ada 90 minit lagi dan apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Kita juga tidak terkejut dengan kualiti yang ada pada Buriram kerana mereka antara pasukan
hebat dalam kempen ACLE (Liga Juara-Juara Asia Elit), tetapi kami masih mampu beri kesukaran buat mereka.

“Apa yang pasti, saya harap pasukan dapat terus berdiri teguh, bangkit semula dan perbaiki kelemahan kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, pemain sensasi Thailand, Suphanat Mueanta meledak gol tunggal pada minit ke-25 untuk memberi kelebihan tipis buat Buriram dalam misi mempertahankan kejuaraan ACC yang dimenangi tahun lalu.

Selain daripada memburu hadiah kemenangan sebanyak AS$425,000 (RM1.7 juta), Selangor terdesak untuk menang juara ACC bagi memastikan pasukan dapat kekal beraksi di peringkat antarabangsa musim depan selaku tiket juara bertahan.

Situasi ini kerana harapan skuad Merah Kuning untuk bersaing dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tidak kesampaian selepas menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN