fbpx
Onn Hafiz mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.

Penting setia kepada satu warna ‘jersey’ politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGGELEGAK seketika nuansa politik tanah air apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan gabungan parti itu akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengumuman seperti itu biasanya dianggap sebagai isyarat awal bahawa landskap kerjasama kerajaan perpaduan untuk PRN akan berubah besar, bukan sekadar di Johor tetapi kepada skala nasional juga.

Hal tersebut sekali gus memberi bayangan BN Johor yakin mampu bergerak solo tanpa perlu banyak bergantung kepada rakan gabungan lain seperti Pakatan Harapan.

Bukan ingin sengaja bertindak menangguk di air keruh, penulis berasakan dengan segala kemungkinan tersebut, kesannya adalah terhadap kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Sempat bertemu empat mata dengan seorang figura yang menekannya bahawa, kesetiaannya adalah selama-lamanya dengan atau bersama ‘jersey’ berona biru — Adi Putra.

“Saya terlibat dalam dunia politik bukan sehari dua. Mungkin boleh Google tengok baju saya berkempen sebelum ini.

“Setakat ini, bukan itu saya punya iltizam tapi kalau diberi ketentuan, ada manifesto yang saya nampak untuk lima atau 10 tahun akan datang.

“Memang dalam apa-apa bidang sekalipun, memang wang penting. Kalau tiada (wang), maka tiadalah ekonomi dan tiada bicara tentang semua itu,” katanya kepada Kosmo!

Adi melihat dunia politik sebagai satu pekerjaan yang mungkin akan dilaksanakannya suatu hari nanti. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, siapa tahu suatu hari dia mungkin akan ‘senasib’ dengan rakannya, Vijay yang kini berkhidmat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu ke-9.

Berbicara soal kesetiaannya berpaut pada hanya satu parti politik, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mat Kilau itu berkata: “Saya masih pakai jersey yang sama (biru) sebab kita orang yang setia.

“Tangan saya, pilihan saya. Sama juga dengan kalian semua. Tangan kalian, pilihan kalian.

Senada dengan Adi adalah pendirian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menekankan kesetiaannya kepada UMNO atau BN meskipun pernah keluar masuk parti keramat terbabit.

“Tiga perkara saya tekankan kepada anak saya adalah agama, kelab bola sepak dan ketiga, parti politi. Tak boleh tolak ansur,” katanya.

Walaupun pernah dipecat, Khairy menyifatkan kesetiaannya kepada UMNO masih utuh dan cinta kasihnya kekal pada parti tersebut.

Beliau secara rasmi telah menyatakan hasrat kembali menyertai UMNO di hadapan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Semoga keputusan ini menjadi titik permulaan baharu untuk kita melangkah ke hadapan dengan lebih bersatu, matang dan berwibawa,” katanya seperti dipetik satu kenyataan di Facebook.

Berbalik kepada apa yang dinukilkan pada perenggan perdana, suka untuk dikerahkan di fikiran bahawasanya, tidak kira betapa berkepentingan niat untuk menghalalkan sesuatu cara, janganlah digadaikan keamanan dan kestabilan rakyat.

Apa sahaja gerak langkah bermotif politik, yang penting dan nombor satu tetap kestabilan negara daripada pelbagai pandangan yang seharusnya rakyat dijadikan prioriti paling atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN