fbpx
Shazeli menunjukan antara suspek sindiket scammer yang ditahan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Foto: AFIQ RAZALI

43 suspek scam ditahan, rumah banglo jadi pusat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kelicikan empat sindiket penipuan menjadikan rumah banglo dan teres berkembar tiga tingkat tumpas dalam empat serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Puchong

Serbuan bermula pukul 3.30 petang kelmarin hingga 1.30 pagi tadi itu berjaya menahan 43 suspek termasuk dua wanita berusia 18 hingga 63 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati 41 suspek merupakan warga asing yang memasuki negara ini menggunakan pas pelancong dan pas lawatan sosial antara awal tahun hingga April lalu.

Katanya, siasatan mendapati kesemua warga asing itu baharu pertama kali memasuki negara ini.

“Semua suspek yang ditahan berperanan sebagai operator dan pengurus akaun kepada keempat-empat sindiket tersebut.

“Sindiket berkenaan menjalankan penipuan pelaburan, tawaran bekerja secara sambilan serta pengumpulan maklumat kewangan diperoleh daripada aktiviti penipuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun kesemua sindiket yang beroperasi antara Februari hingga April lalu itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Tambah Shazeli, sindiket-sindiket tersebut menyasarkan mangsa dari negara Peru, Iraq dan China.

“Kita turut merampas pelbagai peralatan digunakan sindiket termasuk set komputer, telefon bimbit dan router yang dianggarkan bernilai RM201,000.

“Kesemua mereka direman sehingga 23 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 19 daripada 21 kes melibatkan penangkapan dan rampasan bunga ganja bermula awal tahun ini, telah dituduh di mahkamah.

“Pertuduhan dibuat Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN