fbpx
ERLING Haaland menyelematkan maruah City apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengikat Bournemouth. - AFP

EPL: Impian trebel Man. City bernoktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOURNEMOUTH – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terpaksa akur dengan kegagalan untuk kembali merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar seri 1-1 menentang Bournemouth di Stadium Vitality awal pagi semalam.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan Arsenal sebagai juara EPL musim ini, menamatkan penantian selama 22 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada kempen 2003/04 tanpa mengalami kekalahan.

Meskipun kecewa tidak dapat kembali merampas gelaran, namun Guardiola mengambil pendekatan profesional apabila mengucapkan tahniah kepada Arsenal atas kejayaan pasukan itu kembali bergelar juara Liga Perdana.

“Tahniah kepada Arsenal, Mikel Arteta dan semua staf mereka atas kejayaan memenangi Liga Perdana musim ini. Bagi saya, mereka layak untuk bergelar juara atas aksi dipamerkan sepanjang kempen 2025/26.

“Ini merupakan tahun di mana saya berdepan tentangan sengit dalam perebutan kejuaraan. Kami tidak dapat mengawal nasib pasukan tetapi apa yang penting, semua pemain tidak mudah berputus asa,” katanya.

Walaupun terlepas gelaran Liga Perdana tetapi The Citizens tidak akan menamatkan saingan musim ini dengan tangan kosong memandangkan mereka sudah pun memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) menewaskan Arsenal dan Piala FA.

Sementara itu, Guardiola juga mendakwa krisis kecederaan yang dialami City sejak Januari lalu menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan takhta liga.

“Hari ini (semalam) pemain-pemain kelihatan penat, lebih-lebih lagi berdepan Bournemouth yang mendapat rehat lebih panjang. Krisis kecederaan sejak Januari meletakkan kami dalam keadaan sukar,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN