fbpx
Ahmad Samsuri

Terengganu laksana Pelan Tindakan Rangsangan Ekonomi Fasa 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan Pelan Tindakan Rangsangan Ekonomi Fasa 1 bagi menangani impak negatif krisis bahan api berikutan konflik Asia Barat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelan tindakan tersebut mengandungi enam inisiatif bagi meringankan beban golongan terkesan khususnya pemain sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan pesawah padi.

“Seramai 783 peminjam Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (Tugas) akan diberi moratorium (penangguhan pembayaran pembiayaan) selama tujuh bulan mulai bulan Jun ini melibatkan nilai pinjaman tidak dikutip sebanyak RM2.1 juta.

“Saiz dana Tugas pada tahun ini juga akan ditambah kepada RM2 jura bagi membolehkan lebih ramai lagi usahawan dibantu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, moratorium turut akan diberikan kepada 400 peminjam Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) selama setahun dari bulan ini hingga April tahun depan melibatkan amaun RM2.9 juta pinjaman tidak dikutip.

Beliau berkata, setiap pesawah Terengganu juga bakal menikmati insentif RM100 bagi setiap tan metrik padi dikeluarkan.

“Jadual Kadar Harga (JKH) bagi bahan binaan terpilih akan dinilai semula selain penyelarasan kos kontrak dengan mengambil kira perubahan kos semasa bahan binaan terlibat.

“Kerajaan negeri Terengganu juga akan memberi tumpuan kepada projek kecil yang berimpak tinggi dan boleh segera disiapkan dengan sumber minimum selain menyelaras semula Belanjawan (Terengganu) 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN