fbpx
Amin Abdullah disifatkan sebagai wira sebenar kerana berani menghalang penyerang. -Facebook Amin Abdullah

Terkorban melindungi jemaah masjid, tabung bantuan Amin Abdullah cecah RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN DIEGO – Keberanian pengawal keselamatan di Pusat Islam San Diego, Amerika Syarikat, Amin Abdullah yang terkorban demi melindungi jemaah dan kanak-kanak dalam satu serangan tembakan mendapat pengiktirafan dunia apabila tabung bantuan untuk keluarganya kini mencecah AS$1 juta (RM3.98 juta), lapor perkongsian halaman About Islam.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Amin disifatkan sebagai wira sebenar selepas bertindak berani menghalang penyerang, sekali gus memberikan masa yang kritikal untuk jemaah dan kanak-kanak berkenaan dipindahkan ke tempat selamat.

Pihak polis menyatakan bahawa tindakan Amin telah membantu mencegah pembunuhan beramai-ramai yang lebih besar ketika kanak-kanak dan kakitangan dipindahkan ke tempat selamat. 

Dikenang kerana kemesraan dan keberaniannya, bapa serta pelindung masyarakat ini kini sedang diberi penghormatan oleh ribuan orang yang menyokong keluarga yang ditinggalkannya. 

Dalam pada itu, pengasas Institut Yaqeen, Omar Suleiman menyatakan bahawa Amin Abdullah memainkan peranan yang ‘sangat penting’ dalam menyekat pertumpahan darah yang lebih besar di masjid itu hari ini.

“Saudara Amin merupakan pengawal keselamatan di masjid di San Diego ini selama bertahun-tahun. 

“Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam menghalang penembak daripada menghampiri kanak-kanak hari.

“Semoga Allah merahmati beliau dan menerima beliau sebagai seorang syahid,” kongsinya di media sosial – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN