Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri e-sukan bukan lagi sekadar hiburan sampingan buat golongan muda, sebaliknya berkembang menjadi fenomena global yang membuka peluang kerjaya, pembangunan bakat serta persaingan bertaraf profesional. Di Asia Tenggara khususnya, permainan mudah alih seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berjaya membentuk komuniti kompetitif yang besar dalam kalangan pelajar universiti, sekali gus menjadikan kampus sebagai antara medan penting melahirkan generasi baharu atlet e-sukan. Perkembangan itu jelas dapat dilihat menerusi penganjuran OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Campus……














