fbpx
Mohamed Khaled (tiga dari kanan) bercakap pada sidang akhbar di limbungan Lunas, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

TLDM cari alternatif lain ganti sistem NSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang mencari alternatif lain bagi menggantikan sistem misil anti kapal (NSM) dari Norway untuk melengkapkan kapal tempur pesisir (LCS) yang sedang dibina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka perlu memastikan alternatif berkenaan mampu berintegrasi dengan sistem tempur kapal LCS tersebut.

Bahkan, perolehan bakal dilakukan itu perlu dilaksanakan dengan melibatkan negara sahabat yang bersedia melakukan permindahan teknologi dengan Malaysia.

“Kadang-kadang mereka kata mereka kawan kita apabila dia nak jual barang, tetapi apabila dah dapat dah, kita beli dengan dia, dia mungkin tak ikhlas dan sebagainya.

“Jadi semua itu akan diambil kira,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan TLDM Lumut hari ini selepas mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Lumut Naval Shipyard (Lunas) bagi melihat perkembangan terkini pembinaan LCS.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, mereka kini tidak mempunyai banyak pilihan berkaitan aspek perolehan sistem pertahanan membabitkan LCS tersebut memandangkan kapal telahpun siap.

Justeru, katanya, TLDM perlu mencari sistem baharu yang bersesuaian dengan LCS dan mampu dilaksanakan penggantiannya dengan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, isu dihadapi ketika ini meningkatkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Katanya, pembinaan kapal LCS ketika ini menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 30 peratus komponennya menggunakan produk tempatan.

“Pada masa akan datang, sekiranya Lunas dapat meningkatkan lagi penggunaan komponen tempatan, mungkin lebih banyak projek TLDM dapat diserahkan kepada syarikat itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN