fbpx
AKSI pemain negara ketika menentang pasukan Vietnam pada aksi separuh acara kuadran pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Malaysia dipaksa mandi peluh sebelum ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad kuadran negara terpaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan tempat ke final acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas bangkit menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Malaysia yang menurunkan  Muhammad Afifuddin Mohd. Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi memulakan aksi separuh akhir dengan cemerlang apabila menguasai set pertama 15-10.

Bagaimanapun, Vietnam yang menurunkan Nguyen Hoang Lan, Vuong Minh Cau, Nguyen Van Ly dan Huynh Ngoc Sang bangkit pada set kedua menerusi aksi lebih kemas serta libasan tajam untuk mencatat kemenangan 15-12 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Momentum permainan terus berubah pada set ketiga apabila kedua-dua pasukan saling berbalas mata dalam aksi mendebarkan dengan Vietnam beberapa kali memberi tekanan kepada skuad kendalian Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif.

Pada ketika itu, Vietnam didepan dengan keputusan 9-12, namun, berbekalkan sokongan padu penyokong tuan rumah, pemain negara berjaya mengawal tekanan sebelum memperagakan aksi lebih konsisten pada saat genting untuk menoktahkan kemenangan 17-14.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia mengesahkan tiket ke final dan bakal membuat perhitungan dengan India malam ini dalam usaha memburu gelaran juara.

Hasil keputusan itu, skuad kuadran negara selangkah mengulangi pencapaian cemerlang yang pernah dilakar pada kempen Piala Asia 2025, selain kini hanya selangkah lagi untuk menghadiahkan kejuaraan buat penyokong tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN