fbpx
CITY tidak boleh memandang mudah kemampuan Bournemouth yang belum tewas dalam 17 perlawanan terakhir. - AFP

EPL: City sedia tangguhkan pesta Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Seluruh skuad Manchester City nekad untuk mengetepikan faktor keletihan dan kekal memberikan cabaran kepada Arsenal dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Citizens yang baharu saja dinobatkan sebagai juara Piala FA akan menentang Bournemouth, awal pagi esok dan tiga mata menjadi misi utama bagi mengheret Arsenal ke perlawanan terakhir bagi penentuan juara.

Pengurus City, Pep Guardiola bertegas anak buahnya harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia kerana sedar Bournemouth juga akan tampilkan aksi terbaik kerana berpeluang mencipta sejarah baharu dengan layak ke slot ke Liga Juara-Juara buat kali pertama.

“Keletihan akan menghimpit pasukan, namun tenaga yang ada dalam pasukan pasti berbeza. Untuk berkunjung ke Bournemouth, keadaan akan jadi berbeza atau lebih sukar jika kami tewas kepada Chelsea (final Piala FA)

“Bournemouth bermain untuk merebut slot ke Eropah dan saya tidak tahu bila kali terakhir mereka tewas. Namun, kami akan terus cuba untuk memastikan kemenangan bagi menentukan nasib kami pada perlawanan terakhir bertemu Aston Villa.

“Bournemouth bukanlah lawan yang mudah untuk kami hadapi selepas aksi dengan Chelsea, namun hakikatnya kami masih ada baki dua perlawanan lagi. Kami tahu apa yang perlu dilakukan, jadi kami pasti akan cuba untuk melakukannya,” katanya.

Kedua-dua pasukan sedang berada pada momentum terbaik apabila kali terakhir City dan Bournemouth tewas dalam saingan domestik adalah pada Januari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN