fbpx
Gambar hiasan

Siasat dakwaan gangguan seksual libatkan ketua polis daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menyiasat dakwaan seorang ketua polis daerah di Sarawak yang disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan anggota wanita di bawah seliaannya.

Difahamkan, anggota wanita tersebut mendakwa menjadi mangsa pegawai kanan tersebut selama beberapa kali.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan tersebut semalam.

“Kita mengesahkan menerima laporan itu dan sedang menyiasat dakwaan berkenaan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Menurut sumber, kejadian didakwa berlaku sejak bulan lalu selepas anggota wanita tersebut ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Mangsa turut mendakwa pernah diajak ke kediaman pegawai terbabit dan mendakwa gangguan seksual itu berlaku di tempat kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN