fbpx
Tangkap layar video garisan hitam di atas jalan di laluan keluar Lebuh Raya MEX menghala ke Putrajaya.

[VIDEO] ‘Rakan motor, jangan langgar garisan hitam ni waktu hujan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang mengingatkan pengguna motosikal lain supaya tidak melalui garisan hitam di atas jalan pada waktu hujan sekiranya keluar dari Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) menghala ke Putrajaya, kerana dikhuatiri boleh menyebabkan hilang kawalan dan terjatuh.

Menerusi hantaran video dikongsikan pengguna Thread Farwalis, dia mendakwa pernah berhadapan situasi berkenaan sewaktu motosikalnya melalui garisan hitam tersebut di kawasan tersebut.

“Kepada rakan-rakan motor, keluar MEX hala Putrajaya tolong jangan langgar garisan hitam ni terutamanya waktu hujan atau lepas hujan. Licin, aku dah kena. Tayar belakang hilang kawalan,” katanya pada perkongsian itu.

Ia mendapat pelbagai maklum balas termasuk daripada seorang pengguna Thread Aqmall Haqim yang berkongsi video pada ruangan komen memaparkan dia terjatuh sewaktu melalui garisan tersebut semasa hari hujan.

“Aku lah tu antara mangsa yang kena. Hahaha, nasib kereta belakang tak ada. Kejadian tahun 2023 tak silap,” katanya.

Pengguna Thread Fiyyfyzaa berkongsi kisah kejadian menimpa saudaranya sehingga meninggal dunia akibat kemalangan, namun difahamkan ia bukan di kawasan Lebuh Raya MEX.

“Suami sepupu saya kena benda macam ni, meninggalkan isteri dan anak empat orang buat selama-lamanya,” katanya.

Pengguna Thread, Insyirahsyerry mendakwa, dia juga pernah terlihat sebuah motosikal jatuh di kawasan berkenaan.

“Patutlah ramai kemalangan dekat sini. Hari tu ada motor bawa anak-anak jatuh. Syukur budak-budak tu jatuh ke kiri, bukan ke tengah jalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN