fbpx
ANWAR ketika hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, PPR Desa Mutiara Tebrau, hari ini.

Anwar belum ikuti perkembangan isu Rafizi, Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau masih belum mengikuti perkembangan terbaharu berhubung tindakan dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang keluar parti dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU).

Menurut Anwar yang juga Pengerusi PKR, perkara itu belum ditelitinya secara mendalam ketika ditanya media mengenai perkembangan politik terbaharu tersebut.

“Saya tak follow (ikut) lagi,” katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara Tebrau, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan langkah mengambil alih PBM dalam satu majlis khas di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-dua mereka yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN