KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri memfailkan saman sivil terhadap 15 defendan termasuk empat doktor dan sembilan jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kematian bayi mereka, tiga tahun lalu. Hazlinda Aini Bidin, 35, dan suaminya, Abd. Zaim Lokman Ibrahim, 30, memfailkan tuntutan tersebut menerusi peguam, Shaharuddin Mohamed dari firma guaman, Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Mahkamah Sesyen di sini baru-baru ini. Selain doktor dan jururawat HSNZ terlibat, pengarah hospital tersebut dan Kerajaan Persekutuan turut……














