fbpx
SIEW FOOK (empat dari kiri) ketika hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Langkah Rafizi, Nik Nazmi keluar parti perlu diteliti dari sudut perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU) disifatkan sebagai perkembangan politik yang perlu diteliti dari sudut perundangan.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang implikasi undang-undang berkaitan langkah tersebut perlu diperhalusi pihak berkuasa termasuk Speaker Dewan Rakyat bagi memastikan ia mematuhi peraturan sedia ada.

“Perkara itu mungkin ada implikasi dari segi perundangan dan perlu dilihat dengan teliti.

“Pihak Speaker Dewan Rakyat juga perlu membuat keputusan berkaitan perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Menurut Siew Fook, prinsip asas dalam sistem demokrasi berparlimen perlu dihormati khususnya apabila seseorang dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket parti tertentu.

“Walaupun saya menghormati pendirian mereka, mungkin mereka kecewa dan sebagainya, tetapi sepatutnya kekal sehingga akhir penggal.

“Sekarang pun sudah lebih tiga tahun dan kalau letak jawatan sekali pun tidak akan ada pilihan raya kecil.

“Sebab itu saya kata prinsipnya, apabila kita menang atas kapasiti parti, kita perlu kekal sehingga tamat penggal,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, mengumumkan keluar parti dan mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai MU.

Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN