fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir landa Pahang, Negeri Sembilan dan Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing),” lapor MetMalaysia.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri) dan Limbang (Lawas).

Bagi Sabah, cuaca bergolak membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN