SENI bukan sekadar medium ekspresi, malah satu ekosistem yang boleh membuka ruang ekonomi baharu. Menerusi bidang seni, ramai yang terlepas pandang bahawa cabang kreatif ini juga boleh menawarkan karier yang menjamin masa depan sekali gus menaikkan nama negara di platform global. Sehubungan dengan itu, Ekuiti Nasional Berhad melalui platform impak sosialnya, Iltizam, terus memperkukuh platform seni menerusi Program Residensi Iltizam Seni Kitaran 3. Menurut Pengarah Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan, kitaran kali ini mengetengahkan bakat empat artis muda Bumiputera yang……














