fbpx
Khairy Jamaluddin (kiri) menerima cenderahati daripada Md. Alwi selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Tapak Rumah UMNO Ketereh, Kota Bharu hari ini.

UMNO perlu bertanding solo pada PRN Johor – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – UMNO perlu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mempertahankan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, BN perlu menggunakan kekuatan sendiri untuk mempertahan pemerintahan sedia ada tanpa melibatkan kerajaan perpaduan.

“Situasi politik Johor berbeza berbanding negeri lain kerana pentadbirannya dipimpin oleh BN dan Menteri Besar juga daripada UMNO. Justeru, BN wajar mempertahankan mandat rakyat menggunakan kekuatan parti sendiri pada PRN akan datang.

“Jadi, tidak timbul soal kerajaan perpaduan atau bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Johor memang kerajaan BN,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Tapak Rumah UMNO Ketereh di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Seri Md. Alwi Che Mat Ahmad dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Md. Nor

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin memberitahu, PRN Johor merupakan platform terbaik untuk menguji kekuatan UMNO secara solo sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan lebih awal.

Menurutnya, cadangan untuk bertanding solo itu hanya melibatkan konteks PRN Johor dan bukan gambaran menyeluruh terhadap strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Soal apa akan berlaku dalam PRU nanti, itu keputusan besar yang perlu dijawab Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bagi saya, Johor terdiri daripada kerajaan UMNO dan BN. Jadi pertahankan kerajaan tersebut dengan kekuatan sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN