fbpx
MUSA bersalaman dengan Abdul Rahman (kiri) ketika bertemu di sebuah gerai di Permatang Pasir, Muar baru-baru ini.

‘Cikgu Rahman garang, rotannya mendidik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Beberapa bekas pelajar seorang guru pencen terharu apabila ditakdirkan dapat bertemu semula dengan pendidik tersebut yang pernah mengajar mereka di sebuah sekolah agama lebih 40 tahun lalu.

Peniaga buah-buahan, Musa Mohamad, 52, berkata, dia tidak sangka bertemu semula dengan cikgunya, Abdul Rahman Kamisan, 78, yang pernah mengajarnya di Sekolah Agama Sungai Raya.

“Cikgu Rahman memang garang, tapi bila dah besar kita akan faham cikgu-cikgu macam inilah yang paling disayangi, dikenang dan ramai mencari semula kerana insan inilah yang banyak berjasa dalam membentuk kehidupan.

“Alhamdulillah kami dirotan suatu ketika dahulu, kalau tidak mungkin kami jadi hantu,” kata­nya ketika ditemui di sebuah gerai di Permatang Pasir, dekat sini.

Dia kemudian membuat panggilan video kepada salah seorang rakan sekelasnya, Aminurasyed Mahpop, 52, dan menyuruhnya datang ke gerai berkenaan.

Aminurasyed yang kini merupakan pensyarah kanan fakulti undang-undang di sebuah universiti awam berkata, dia tidak terlepas daripada dirotan oleh Abdul Rahman.

“Suara cikgu memang paling kuat, dari balai raya (kelas) boleh dengar sampai ke rumah saya,” katanya.
Suri rumah, Hazlinda Othman, 54, berkata, Abdul Rahman me­ngajarnya mengenal huruf asas arab.

“Saya pesan dekat anak-anak, kalau cikgu garang, itu tanda cikgu nak mendidik. Anak murid kena hormat, bukan melawan. Bila kita ada adab dengan guru, Insya-Allah pembelajaran jadi lebih berkat,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, dia menjadi guru pada tahun 1970 dan telah berkhidmat di empat buah sekolah agama dalam daerah Muar sebelum bersara pada 2004.

“Ketika mengajar di sekolah agama hanya ada empat guru. Walaupun tegas, semua itu sebab mahu mereka berjaya dan jadi insan berguna,” katanya.

Abdul Rahman masih me­nyumbang ilmu kepada masyarakat setempat sebagai Guru Takmir di masjid dan surau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN