SEJAK bergelar anak seni, wajah tampan Datuk Yusry Abdul Halim sering menjadi bahan bualan ramai.
Cerita yang tidak pernah basi diperkatakan peminat, dia sekali lagi menjadi tumpuan selepas tular sebuah video TikTok yang dipercayai dimuat naiknya sendiri.
Dalam video tersebut, dia dilihat sedang menjalani sesi fotografi dengan memakai baju-T berwarna putih.
Seperti sudah dijangka, ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan komen peminat wanita yang memuji ketampanan suami Datin Lisa Surihani itu.
“Yusry macam aktor Korea, semakin berusia semakin tampan.
“Dia ini artis lelaki ‘vampire’, tak pernah tua. Sudah umur 52 tapi masih kacak, ya ampun,” seloroh netizen.
Video tersebut meraih lebih 900,000 tontonan dan 58,000 tanda suka. Apa pun, Yusry sekarang dalam tempoh ‘berjuang’ menahan rindu bersama anak-anak di tanah air sementara isterinya, Datin Lisa Surihani mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Terbaiklah Yusry!














