fbpx
KEADAAN rider yang cedera selepas dilanggar kereta disyaki dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di Langkawi, Ahad lalu.

‘Rider’ p-hailing cedera dilanggar pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Polis mengesahkan kejadian seorang penghantar makanan p-hailing dilanggar pemandu mabuk seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kejadian berlaku pada malam, Ahad lalu di Kuah, di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Pokok Asam menghala ke Bukit Kamdar yang bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang masuk ke laluan bertentangan.

“Semasa siasatan awal di tempat kejadian, pernafasan pemandu kereta tersebut didapati berbau alkohol dan ujian pernafasan SD2+ adalah 200mg (miligram)/100ml (mililiter) manakala hasil ujian EBE adalah 149mg/ 100ml.

“Pegawai penguat kuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi menahan pemandu kereta kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal berusia 30 tahun mengalami kecederaan di kaki kanan serta luka siku kanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1)(a)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN