fbpx
DBKL menyita barangan di 10 kediaman yang dipercayai dijadikan stor simpanan. FACEBOOK

10 rumah jadi stor sayur, buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 10 buah rumah dipercayai dijadikan stor penyimpanan sayur, buah-buahan dan barangan runcit tanpa kebenaran disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan di sekitar Jalan Batu Belah dan Taman Batu View, Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Kuala Lumpur

Katanya, premis itu dipercayai dikendalikan warga asing dan dikesan menukar ‘fungsi’ rumah kepada stor simpanan tanpa Perintah Pembangunan yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982.

“Kesemua barangan seperti sayur, buah-buahan, barangan am, troli, bakul, penimbang dan lain-lain disita. Kesemua barangan sitaan dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan rekod dan dokumentasi,” ujarnya.

Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik premis mematuhi syarat kegunaan tanah yang diluluskan.

DBKL turut mengingatkan orang ramai agar tidak menukar fungsi kediaman kepada stor atau premis perniagaan tanpa kelulusan pihak berkuasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN