fbpx
Gambar hiasan.-JANAAN AI

Nak nama asrama, hostel atau hotel, kena sign akui nama – JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa yang berkeras mahu menamakan bayi dengan nama yang disifatkan tidak sesuai boleh berbuat demikian dengan menandatangani atau mengakui ia dilakukan atas kehendak dan kerelaan sendiri.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam hantaran di Thread menjelaskan, terdapat garis panduan kepada petugas bagi pendaftaran nama bayi untuk didaftarkan dalam sijil lahir.

“Mengenai beri nama anak ini dekat JPN memang ada garis panduan untuk petugas mendaftarkan nama seperti pilihan nama yang tidak sesuai.

“Tetapi kami boleh menasihatkan sahaja. Kalau ibu bapa bermati-matian nak juga nama asrama, hostel, hotel atau lain-lain, dia (ibu bapa) kena sign (tandatangan) dan akui nama yang diisi adalah kehendak dan kerelaan dia,” katanya hari ini.

JPN memaklumkan, antara nama yang ditegah adalah gelaran (tun, tan sri), pangkat atau jawatan (imam, kapten).

“Nama-nama (perkataan) lucah dan ada beberapa lagi. Itu sahaja perkongsian tentang pemberian nama anak untuk hari ini ya kawan-kawan,” katanya.

Ibu bapa turut diingatkan supaya mendaftarkan kelahiran anak-anak dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung, manakala 42 hari di Sabah dan Sarawak.

“Pilihlah nama yang sesuai menepati tatacara, kesesuaian bahasa, agama dan norma budaya masyarakat. Ini semua demi kepentingan identiti kanak-kanak dan keharmonian sosial. Ingat jangan lebih tempoh tau, nanti jadi Daftar Lewat,” tambahnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai maklum balas selain ada yang mengaitkannya dengan kelahiran nama bayi seorang pempengaruh.

“Terima kasih atas nasihat. Kira wujudlah ya ibu bapa jenis ketegaq (degil) bermati-matian nak letak nama anak pelik-pelik,” kata Aweenzahir.

“Yang penting ibu bapa kena cerdik bagi nama anak. Kalau tak ada pilihan sangat, pilih saja 99 nama Allah, selesai,” cadang Coklat Hazelnut04.

“Tolong JPN, tambah garis panduan nama anak ini mestilah bermaruah. Kasihan anak nama bawa sampai akhirat,” ujar Naillahh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN