fbpx
IMEJ JANAAN AI

Pembantu rumah sorok emas dalam kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelbagai ragam dan kisah ‘tragis’ membabitkan pembantu rumah warga asing terus menjadi perhatian sehingga ada yang sanggup mencuri harta benda majikan sebelum melarikan diri ke negara asal.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Hanissengsara, dia menceritakan semula kisah seorang pembantu rumah yang menangis teresak-esak di lapangan terbang gara-gara sebiji kek.

“Dulu ada kisah pembantu rumah warga Indonesia menangis teresak-esak dekat lapangan terbang sebab kek yang dia nak bawa balik tertinggal. Majikan siap tawar nak belikan kek baru, tapi dia tetap meraung tak nak

“Pelik juga bukan mahal sangat pun kek tu. Sekali bila periksa balik, rupanya dalam kek tu penuh duit tunai dengan barang kemas yang dia kebas dari rumah majikan selama bertahun-tahun,” katanya.

Menurutnya lagi, kejadian itu terbongkar kerana apabila majikan tersebut membawa pulang kek yang tertinggal itu ke rumah dengan niat untuk memotong dan memakannya.

“Majikan balik rumah nak potong kek yang bibik tu tertinggal. Dalam tu penuh emas,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang menggaji pembantu rumah.

Seorang pengguna, Nad_Ieranadzirah berkata, pembantu rumahnya pernah menggunakan ilmu sihir kepada keluarganya.

“Pembantu rumah saya pakai ilmu penunduk dekat kami sekeluarga. Mujur kantoi,” ujarnya.

“Bibik saya masak kari ayam sekali dengan kepala ayam. Sejak itu arwah mak saya tak bagi dah dia masak,” tambah Acikpuaka._ pula

“Lari dengan teman lelaki masa mak saya kerja di luar kawasan. Lepas dua bulan jumpa kerja jual aiskrim di kejiranan sekolah agama,” kata Nurainundahlan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai reaksi pengguna yang rata-ratanya mengakui kini lebih berwaspada dalam memilih pembantu rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN