fbpx
GAMBAR HIASAN

Ketua Polis Perak antara 4 pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran beberapa pegawai kanannya melibatkan jawatan penting termasuk Ketua Polis Perak dan Setiausaha Polis Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP), Julina Salehuddin dalam kenyataan berkata, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Menurutnya, jawatan Ketua Polis Perak pula akan disandang Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

“Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang,” katanya.

Selain itu, Julina berkata, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia dengan memangku pangkat DCP.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN