SEJAK 2018, skuad Harimau Malaya memanggil sembilan pemain naturalisasi untuk menyarung jersi kebangsaan bagi membantu pasukan kekal kompetitif di peringkat antarabangsa. Bermula dengan pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh, beberapa lagi nama besar menyusul seperti Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Romel Morales dan terbaharu, penyerang Kuching City, Jordan Mintah. Tolak tepi isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan kerana sekarang peminat bola kembali tersenyum apabila terdapat spekulasi penggempur prolifik Johor Darul Ta’zim…














