fbpx
Pihak bomba memadam api kebakaran yang berlaku di tingkat tiga rumah kedai di Jalan Tun Hs Lee, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Seorang maut, 11 lagi terselamat rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing maut, manakala 11 lagi terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun Hs Lee, di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada pukul 2.13 pagi.

Menurutnya, seramai 45 anggota bersama 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba pada pukul 2.25 pagi, terdapat kebakaran melibatkan rumah kedai tiga tingkat. Tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan 11 orang mangsa.

“Kesemua mangsa terlibat adalah warga asing seramai 12 orang iaitu 10 lelaki dan dua wanita. Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambah PGO KL, seramai empat mangsa lelaki dewasa di tingkat dua diselamatkan, manakala dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bumbung diturunkan menggunakan tangga.

“Kebakaran berlaku di tingkat bawah dan tingkat satu dengan anggaran keluasan 1,050 kaki persegi dan terbakar 50 peratus. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.10 pagi.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, kesemua 11 mangsa yang terselamat dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN