JAKARTA – Sebuah majlis berbuka puasa di Soppeng, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian orang ramai apabila sekumpulan lelaki memakai barang kemas di tubuhnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Threads dan TikTok menunjukkan beberapa lelaki yang mengenakan baju melayu serta kopiah itu sedang menunggu azan Maghrib.
Apa yang menarik perhatian adalah perhiasan emas yang dipakai pada leher dengan pergelangan tangan mereka.
Bukan itu sahaja, ada antara mereka yang memakai gelang emas ‘gergasi’.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini bukan sekadar majlis berbuka puasa tetapi pertunjukan ‘kedai emas bergerak’!” kata seorang netizen. – AGENSI














