fbpx
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperketatkan protokol kawalan keselamatan kesihatan di pelabuhan dan lapangan terbang bagi mengekang wabak Habtavirus. Foto oleh DANIAL SAAD

Wabak hantavirus: Kawalan ketat di pelabuhan, lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pulau Pinang komited menangani penularan jangkitan hantavirus dengan memperketatkan protokol kawalan keselamatan kesihatan di semua pintu masuk utama negeri ini terutama di pelabuhan dan lapangan terbang.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, usaha sedemikian selaras dengan arahan serta pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) meskipun tiada rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak itu setakat ini.

Menurutnya, penggunaan kamera inframerah dilaksanakan di pintu masuk antarabangsa bagi mengesan individu bergejala seperti demam.

“Protokol ini bukan baharu, ia sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi (penggunaan kamera inframerah) untuk mengesan penumpang yang mempunyai simptom seperti demam sebaik memasuki ke negeri ini.

“Jadi kita memperketatkan protokol keselamatan kesihatan dan perkara ini sudah disampaikan kepada semua petugas terlibat supaya meningkatkan kewaspadaan terhadap virus tersebut,” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Mengulas mengenai kemasukan kru kapal dan penumpang antarabangsa menerusi pintu masuk pelabuhan, beliau memberitahu, kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan perairan negeri ini adalah tertakluk kepada prosedur kesihatan yang ketat.

“Pegawai kesihatan ditempatkan di setiap pintu masuk utama antarabangsa termasuk pelabuhan dan lapangan terbang bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan serta sanitasi. Semua kapal ini akan diperiksa termasuk aspek kebersihan dan kawalan jangkitan,” ujarnya.

Pada 8 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerui kenyataan akhbar memberi jaminan bahawa tiada rakyat Malaysia berada di dalam kapal persiaran yang terlibat dengan kes penularan jangkitan hantavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, walaupun situasi terkawal dan tidak melibatkan rakyat Malaysia, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, dua penduduk Singapura yang berada di atas kapal persiaran MV Hondius kini diasingkan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk menjalani ujian saringan hantavirus, lapor saluran berita CNA.

Pihaknya telah dimaklumkan pada 4 Mei dan 5 Mei lalu bahawa dua individu berada di atas kapal MV Hondius semasa ia berlayar dari pelabuhan Ushuaia di Argentina pada 1 April 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN