fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Penganggur dijel 6 tahun, sebat ‘sentuh’ anak kekasih dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perbuatan terkutuk seorang penganggur melakukan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hakim, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Ilyas Mohd. Mokhtar, 48, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 14 tahun di dalam kereta ketika perjalanan dari Batu 4 1/2, Kampung Bertam Malim ke Ayer Molek, antara pukul 9 malam hingga 10 malam, 23 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 April lalu dan dikenakan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN